Kenyataan PTL - Hasil Lembaga Siasatan Kejadian Kebakaran KD SIP

Saya ingin memetik kenyataan dari http://www.navy.mil.my/content/view/466/18/lang,en/ berkenaan tajuk di atas.
8 Okt 09 adalah hari keramat bagi warga KD Sri Inderapura khasnya dan TLDM amnya. Musnahnya aset TLDM dalam satu kebakaran yang belum lg dikenalpasti sebabnya. Ingin saya mengulas di dalam blog saya ini tentang peristiwa tersebut walaupun saya tidak berada di Unit itu. Masih segar dalam ingatan saya ketika saya di kampung sedang bercuti, pada hari kejadian seorang rakan saya menghantar "SMS" bertanyakan tentang "betul ke ada kapal terbakar?". "SMS" tersebut menyebabkan saya terperanjat dengan berita itu lalu saya bertanya kepada rakan saya yang bertugas di kapal dan mereka mengiyakan.
Siapa boleh mempertikai tentang kesiagaan KD SIP?. Latihan "fire fighting" dalam satu(1) hari boleh mencecah hingga sepuluh(10) kali atau lebih terutama ketika OOD ketika itu (Lt Megat) bertugas. Seingat saya, latihan sedemikian saya pernah lalui dengan kerap ketika di KD SIS bersama Lt Lokman(MEO KD SIS dahulu) (sekarang Lt Kdr). Agaknya OOD ini amat terpengaruh dengan cara bagaimana MEO KD SIS "mendera" awasan bertugas KD SIS ketika itu. Siapa yang tidak bosan dengan latihan yang banyak kali diadakan walhal halatuju dan prestasi yang tidak kemana-mana. Selesai sahaja latihan, OOD pun memberi kata dua yang lebih ditujukan kepada anggota awasan. Tegur sana tidak betul, sini tidak betul, kononnya dia sahaja yang betul. Bagi saya, hanya "mendera" awasan bertugas agar letih dan tidak banyak berehat. Nah, apabila berlaku kebakaran dalam situasi yang sebenar, siapakah yang akan melawan kebakaran itu dan siapa yang menjadi "manager" dalam Tim tersebut?. Kalau kita lihat bagaimana OOD mengarahkan "shore supply" utama di jeti dimatikan. adakah tindakan sedemikian bijak?. Jika bekalan kuasa dimatikan, bagaimana kita hendak mengoperasikan jentera lain seperti "pump" untuk mengoperasikan APAU di kapal?, lampu "passage way" untuk laluan keluar dan sebagainya.
Justeru, sebagai sebahagian daripada anggota TLDM, saya berpendapat setiap pegawai harus dilatih secara dengan lebih keras (rejimental training) berbanding anggota LLP kerana LLP dilatih bekerja mengikut arahan. Arahan yang bodoh akan menyebabkan kesemuanya akan menjadi bodoh. Saya pernah mendengar kata-kata dari Tim LPL yang menyatakan ketika "work up". Yang utama dinilai adalah pegawai kerana sebaik mana pun kerja anggota LLP dan jika arahan yang dikeluarkan oleh pegawai yang "melantong", akan melantonglah jadinya hingga menyebabkan "work up" tersebut gagal. Pepatah Jepun juga ada berkata jika ikan yang busuk, pastinya bermula daripada kepala. Renung-renungkanlah untuk manfaat kita bersama.

No comments: