Pada pendapat saya, pengabungan kepakaran ada kelebihan dan ada kekurangannya. Jika dilihat dari aspek keseluruhannya, menampakkan anggota TLDM memang serbaboleh dalam banyak hal dan kepakaran. Walau bagaimanapun, sejauhmanakah keberkesanan terhadap pengabungan kepakaran ini?.
Hal ini demikian kerana melibatkan banyak aspek antaranya keseragaman pangkat mengikut "umur perkhidmatan" dan penerimaan pembelajaran baru bagi anggota yang hampir berpencen.
Pertama. Sebagai contoh, seorang anggota dari kepakaran Pemandu Kenderaan Bermotor(PKM), secara purata "umur servis" bolehlah dikatakan agak matang di dalam TLDM tetapi jika dilihat dari segi pangkat baru hanya "Able Rate(AB)" walhal telah berkhidmat melebihi 13 tahun manakala jika dibandingkan dengan pergerakan pangkat anggota Stor Logistik telah memakai Leading Rate(LR) dengan berkhidmat kurang dari 13 tahun. Justeru, bagaimanakah pihak pengurusan tertinggi TLDM hendak menyeragam serta melaraskan pergerakan pangkat tersebut?.
Kedua. Bak kata pepatah melentur buluh biar dari rebung, jika sudah berkhidmat melebihi 18 tahun dan disuruh belajar semula dari asas untuk menguasai kepakaran lain, adakah perkara tersebut bernas?.
Justeru, saya menyarankan pengabungan kepakaran hanya diperkenal hanya kepada para anggota baru yang menyertai TLDM. Hal ini demikian kerana pembelajaran serta pengajaran lebih mudah dilakukan berbanding anggota yang terdahulu.
Bagi anggota yang berkepakaran asal hendaklah dikekalkan sehingga seseorang itu berhenti atau setidak-tidaknya perkaran ini hanya untuk anggota yang telah berkhidmat melebihi 15 tahun. Bagi anggota yang belum mencapai perkhidmatan 15 tahun hendaklah dilanjutkan kursus ketika anggota tersebut menjalani Laskar Kanan 'Q'.
Demikian pendapat saya untuk TLDM. Fikir-fikirkanlah.
Kenyataan PTL - Hasil Lembaga Siasatan Kejadian Kebakaran KD SIP
Saya ingin memetik kenyataan dari http://www.navy.mil.my/content/view/466/18/lang,en/ berkenaan tajuk di atas.
8 Okt 09 adalah hari keramat bagi warga KD Sri Inderapura khasnya dan TLDM amnya. Musnahnya aset TLDM dalam satu kebakaran yang belum lg dikenalpasti sebabnya. Ingin saya mengulas di dalam blog saya ini tentang peristiwa tersebut walaupun saya tidak berada di Unit itu. Masih segar dalam ingatan saya ketika saya di kampung sedang bercuti, pada hari kejadian seorang rakan saya menghantar "SMS" bertanyakan tentang "betul ke ada kapal terbakar?". "SMS" tersebut menyebabkan saya terperanjat dengan berita itu lalu saya bertanya kepada rakan saya yang bertugas di kapal dan mereka mengiyakan.
Siapa boleh mempertikai tentang kesiagaan KD SIP?. Latihan "fire fighting" dalam satu(1) hari boleh mencecah hingga sepuluh(10) kali atau lebih terutama ketika OOD ketika itu (Lt Megat) bertugas. Seingat saya, latihan sedemikian saya pernah lalui dengan kerap ketika di KD SIS bersama Lt Lokman(MEO KD SIS dahulu) (sekarang Lt Kdr). Agaknya OOD ini amat terpengaruh dengan cara bagaimana MEO KD SIS "mendera" awasan bertugas KD SIS ketika itu. Siapa yang tidak bosan dengan latihan yang banyak kali diadakan walhal halatuju dan prestasi yang tidak kemana-mana. Selesai sahaja latihan, OOD pun memberi kata dua yang lebih ditujukan kepada anggota awasan. Tegur sana tidak betul, sini tidak betul, kononnya dia sahaja yang betul. Bagi saya, hanya "mendera" awasan bertugas agar letih dan tidak banyak berehat. Nah, apabila berlaku kebakaran dalam situasi yang sebenar, siapakah yang akan melawan kebakaran itu dan siapa yang menjadi "manager" dalam Tim tersebut?. Kalau kita lihat bagaimana OOD mengarahkan "shore supply" utama di jeti dimatikan. adakah tindakan sedemikian bijak?. Jika bekalan kuasa dimatikan, bagaimana kita hendak mengoperasikan jentera lain seperti "pump" untuk mengoperasikan APAU di kapal?, lampu "passage way" untuk laluan keluar dan sebagainya.
Justeru, sebagai sebahagian daripada anggota TLDM, saya berpendapat setiap pegawai harus dilatih secara dengan lebih keras (rejimental training) berbanding anggota LLP kerana LLP dilatih bekerja mengikut arahan. Arahan yang bodoh akan menyebabkan kesemuanya akan menjadi bodoh. Saya pernah mendengar kata-kata dari Tim LPL yang menyatakan ketika "work up". Yang utama dinilai adalah pegawai kerana sebaik mana pun kerja anggota LLP dan jika arahan yang dikeluarkan oleh pegawai yang "melantong", akan melantonglah jadinya hingga menyebabkan "work up" tersebut gagal. Pepatah Jepun juga ada berkata jika ikan yang busuk, pastinya bermula daripada kepala. Renung-renungkanlah untuk manfaat kita bersama.
Subscribe to:
Posts (Atom)