Kecantikan Taman Yang Mengundang Padah

1. Tidak dinafikan, keindahan Pangkalan TLDM Lumut memang jauh lebih baik berbanding pangkalan-pangkalan yang lain. Kecantikan lanskap ini bolehlah diumpamakan seperti Pangkalan Dalam Taman. Tidak hairanlah jika pihak pengurusan KD Malaya membelanjakan berjuta-juta ringgit semata-mata untuk menyerlahkan keindahan pangkalan ini.
2. Namun harus diingat, adakalanya keindahan ini boleh mendatangkan kecelakaan kepada sesiapa sahaja.
3. Gambar ini diambil ketika dalam perjalanan menuju ke Studium. Lihatlah bagaimana ketinggian pokok lanskap tersebut melindungi pergerakan kenderaan-kenderaan lain. Hal ini demikian boleh membahayakan keselamatan pemandu yang hendak membelok ke kanan.
4. Isu ini saya ketengahkan kerana dua kali kejadian kemalangan di tempat yang sama dan secara langsung saya perhatikan di depan mata saya.
5. Justeru, saya menyarankan agar perkara ini dipandang serius dan diambil tindakan agar perkara sedemikian tidak berlaku lagi atau sekurang-kurangnya dapat diminimakan punca kemalangan.
6. Disamping itu, setiap simpang yang membabitkan kenderaan mengubah haluan ke kiri atau ke kanan hendaklah digaris kuning seperti jalan di hadapan Bomba TLDM umpamanya.

No comments: