1. Semalam (Jumaat, 12 Feb 2010). Dalam perjalanan saya ke tempat kerja sambil mendengar salah satu dari radio tempatan, satu berita yang agak mengejutkan iaitu kegagalan KD Tungku Abd Rahman untuk menyelam yang diwar-warkan oleh juru hebah tersebut.
2. Masalahnya di sini adalah, Bagaimanakah berita tersebut boleh tersebar dengan cepat sehinggakan seluruh dunia tahu bahawa Malaysia yang mempunyai kapal selam canggih tetapi tidak boleh menyelam?.
3. Lebih mengaibkan apabila berita hangat ini telah disebarkan oleh sebuah akhbar berbahasa inggeris dan di dalamnya menyatakan kegagalan sistem teknikal.
4. L
agi malang lagi, apabila maklumat pertahanan negara ini telah disahkan sendiri oleh Panglima Tentera Laut. Saya amat terkejut bagaimana PTL sendiri telah seolah-olah sengaja mendedahkan permasalahan dalaman tentera yang sepatutnya dilindungi kerana maklumat-maklumat sedemikian boleh menimbulkan unsur-unsur subersif terhadap pertahanan negara.
5. Inilah padahnya apabila istitusi pertahanan lebih menitikberatkan aspek-aspek lain seperti sukan dan publisiti sehinggakan perkara sedemikian diremeh-temehkan.
agi malang lagi, apabila maklumat pertahanan negara ini telah disahkan sendiri oleh Panglima Tentera Laut. Saya amat terkejut bagaimana PTL sendiri telah seolah-olah sengaja mendedahkan permasalahan dalaman tentera yang sepatutnya dilindungi kerana maklumat-maklumat sedemikian boleh menimbulkan unsur-unsur subersif terhadap pertahanan negara.6. Saya menyeru
kepada semua Superior agar memandang jauh sistem pertahanan kita ini agar selari dengan wawasan yang dicanang-canangkan dan bukan hanya sebagai publisiti murahan dunia artis. Fikirlah aspek aset peperangan dari menaiktarafkan infrastruktur. Saya cukup malu kalau orang berkata mengenai MCMV, sebagai contohnya. Kenapa MCMV kita tidak boleh mengoperasikan sonar?. Apakah jawapan yang saudara/saudari mahu berikan terhadap soalan sedemikian?. Sudah tentu jawapan yang paling senang diberikan ialah masalah teknikal.
7. Fikirlah, betapa korupnya aset yang kita ada ini jika hendak dibandingkan dengan negara-negara jiran.
kepada semua Superior agar memandang jauh sistem pertahanan kita ini agar selari dengan wawasan yang dicanang-canangkan dan bukan hanya sebagai publisiti murahan dunia artis. Fikirlah aspek aset peperangan dari menaiktarafkan infrastruktur. Saya cukup malu kalau orang berkata mengenai MCMV, sebagai contohnya. Kenapa MCMV kita tidak boleh mengoperasikan sonar?. Apakah jawapan yang saudara/saudari mahu berikan terhadap soalan sedemikian?. Sudah tentu jawapan yang paling senang diberikan ialah masalah teknikal.8. Justeru, usahlah kita membesar-besarkan cerita kononnya kita mempunyai teknologi yang canggih padahal sebaliknya. Langkah terbaik yang perlu diambil ialah sikap mendiam diri. Bak kata orang lama. Jadilah Ibarat Padi, Semakin Tunduk Semakin Berisi, dan bukannya menjadi Umpama Tin Kosong Diketuk Berbunyi Kuat Walhal Di dalamnya Kosong Belaka.

No comments:
Post a Comment