Uniform TLDM Kini

Laut R 041030H Feb 10.
1. Perubahan di dalam TLDM pada masa sekarang amat wajar kerana diperhatikan sebahagian besar adat istiadat masih berpandukan British.
2. TLDM telah mencapai umur 75 tahun dan sepatutnya mempunyai hala tuju sendiri tanpa berpandukan telunjuk barat. Satu umur yang bole dikira matang bagi membuat sebarang keputusan. Justeru, bukan sahaja perubahan dari segi uniform malah keseluruhan termasuklah pentadbiran haruslah mengikut acuan sendiri.
3. Walau bagaimanapun perubahan haruslah releven atas dasar prinsip ketenteraan dan bukannya atas dasar peribadi untuk mencapai sesuatu tujuan.
4. Uniform 2B bagi LLP, seharusnya TLDM harus membekalkan uniform baru serta diberi nama baru bagi 2B yang dipotong lengannya. Ambil contoh Tentera Darat Diraja Malaysia(TDM). Mereka mempunyai 4A dan 4B yang berbeza kepenggunaan antara berkawat dan bertugas.
5. Pemakaian beret bagi menggantikan seaman cap dan peak cap (bagi saya) amat sesuai kerana seaman cap dan peak cap amat mudah pening dan pengsan apabila kawat kerana aliran udara yang kurang disamping mempunyai lingkaran keras yang menghalang pengaliran darah terus ke otak. Bagi LLP, seaman cap kelihatan amat hodoh jika dibandingkan dengan peak cap bintara dan pegawai.
6. Bagi pemakaian istiadat, tidak salah rasanya jika bentuk seaman cap diubah suai sekurangnya menyerupai bintara mahupun pegawai hanya bedges sahaja yang berbeza.

No comments: