Saya tertarik dengan rencana dari akhbar Berita Harian bertarikh 16 Jan 2010 bertajuk TLDM Tambah Kuota Ambil Anggota Wanita. Di dalam rencana tersebut Panglima Tentera Laut (Jeneral Tan Sri Abdul Aziz Jaafar) dan bukannya (Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar) menyatakan bahawa TLDM akan meningkatkan pengambilan anggota wanita atau pranita di dalam memacu kedewasaan TLDM. Tidak dinafikan jika kita imbau kembali ketika zaman Rasulullah SAW, bagaimana isteri baginda (Siti Khadijah) turut berjuang di dalam perjuangan Rasulullah SAW. Memang fakta itu betul tetapi sejauh mana semangat juang pranita zaman sekarang jika hendak dibandingkan dengan Siti Khadijah?. Apa yang saya lihat sekarang pranita hanyalah sebagai tempat untuk melepiaskan nafsu serta item untuk 'cuci mata' dalam istilah masyarakat sekarang. Adakah ini selaras dengan panduan Islam? Percaya atau tidak, lambakan pranita di dalam Institusi ini akan menyebabkan masalah disiplin yang diluar jangkaan terutamanya masalah seksualiti. Mungkin pihak pengurusan tertinggi tidak nampak perkara ini kerana asyik memikirkan masalah-masalah remeh-temeh seperti ubahsuai banggunan, pembangunan sukan, isu 'ragging' dan sebagainya.
Dewasa ini, saya berpendapat pihak pengurusan tertinggi TLDM gagal dalam mencapai matlamat penubuhan TLDM itu sendiri. Mereka sibuk dengan agenda-agenda tersendiri hinggakan ada suara-suara mengatakan 'NAVY Management's is rotten to the core' yang bermakna 'Pengurusan TLDM busuk hingga keususnya' dan suara-suara tersebut hanya datang bukan dari kalangan pemimpin-pemimpin. Mana tidaknya, seorang pegawai hanya bertugas hanya untuk pegawai manakala anggota bertugas hanya untuk 'periuk nasi' dan pencen. Hal ini menunjukan istilah mempertahan negara tidak wujud sama sekali dan tidak mustahil apabila negara kita diserang oleh negara-negara musuh, orang-orang yang seperti ini lah yang akan belot atau lari dari medan peperangan.
Kalau dahulu, bila orang menyebut 'tentera', seseorang itu mesti mahir dalam mengendalikan senjata kecil mahupun besar. Benar atau tidak, cubalah tanya para pegawai dari yang baru habis latihan hingga ke PTL, tanya juga kepada para anggota biasa dari yang baru habis latihan hingga yang keesokkan harinya mereka memulangkan uniform. Berapa butir pelurukah yang mereka guna untuk menembak dan berapa banyak senjata yang mereka mahir membuka-pasang?
Perkara ini amat merungsingkan saya kerana TLDM pada zaman sekarang telah 'menukar senjata' dari M16 kepada Penyapu, dari M4 kepada Skuji, dari Glock 17 kepada Kayu Mob, dari GPMG kepada Mesin Rumput dan sebagainya.
Justeru, saya seru kepada pihak yang berkenaan, tolonglah ubah presepsi dan janganlah seolah-olah mengiyakan suara-suara bawahan. Sebagai 'superior' berlagaklah seperti 'superior' dan bukannya seperti anggota biasa. Janganlah berfikiran remeh-temeh dan kolot. Fikir-fikirkanlah...
No comments:
Post a Comment