1. Tentera dan kerahsiaan memang tidak dapat dipisahkan. Namun sejauh mana sesuatu maklumat tersebut dapat dipelihara dengan baik?.
2. Pendedahan sebegini seolah-olah membuka pekung di dada dan saya seboleh-bolehnya tidak mahu meletakkan artikel di dalam blog ini tetapi, disebabkan kealpaan pelbagai pihak, membuatkan saya nemengangkat isu ini agar kesilapan mereka dapat diperbetul supaya tidak menjadi musibah pada hari kemudian.
3. Cuba anda imbau kembali suatu ketika dahulu, PANTAGON (AS) pernah digemparkan kerana sistem maklumat mereka telah diceroboh oleh Pengodam (Hacker) dan apabila sebuah pesawat MiG-25 Rusia berjaya menyelinap masuk ke ruang udara Jepun tanpa dikesan oleh radar menunjukkan bahawa sebuah negara besar dan maju terutama dari segi pertahanan menjadi rapuh akibat dari ketirisan maklumat yang berlaku.
4. Tidak kurang juga halnya berlaku di dalam negara kita. Perkara ini telah didedahkan sendiri oleh Menteri Pertahanan, Dato Zaid Hamidi berkenaan sejauh manakah kekebalan maklumat pertahanan negara pada Februari 2010 lalu. 5. Tanpa semangat idealism patriotisme, sebarang bentuk habuan akan memberi kesan daya tarikan untuk menjual maklumat pertahanan negara.
6. Sistem P4 yang diwujudkan di dalam TLDM seolah-olah tidak dipraktik secara meluas hinggakan penggunaan talifon mudah alih menjadi biasa dalam menyalurkan maklumat seperti posisi kapal, maklumat situasi, aktiviti-aktiviti sasaran dan sebagainya. Perkara ini amat mendukacitakan kerana tidak memanfaatkan sistem yang telah diterapkan. Hal ini demikian sama berlaku di dalam menghantar maklumat mengunakan E-Mail samada yang di polopori oleh Yahoo, Google, Hotmail dan sebagainya. Sedarkah kita bahawa segala bits yang dihantar telah disimpan di dalam data base mereka dan seandainya pihak musuh tahu akan E-Mail tersebut, tidakkah mudah mereka mengadaptasi maklumat tersebut?
7. Justeru, adalah wajar mana-mana email umpamannya [kamarulza@yahoo.com(milik P5 Armada) dan ramai lagi termasuk Bilik Gerakan tidak menjadikan email yang dipolopori oleh mereka sebagai email rasmi dalam menyalurkan sebarang maklumat.
8. Wajarlah ATM khususnya dan TLDM khasnya untuk menubuhkan kepakaran dalam menangani masalah. Harus diingat bahawa dunia sekarang bukan sahaja berperang secara fizikal tetapi dari semua aspek termasuklah perperangan ideologi.
No comments:
Post a Comment