TLDM Untuk Mempertahan Perairan Negara Atau Untuk Sukan?

Dewasa ini penglibatan anggota dalam pelbagai lapangan sukan telah melihatkan perkembangan institusi sukan dalam TLDM khasnya dan ATM keselurhannya. Pada dasarnya kelihatan tiada sebarang cacat-celanya kerana pemangkinan sukan di dalam TLDM telah disokong penuh oleh YBhg PTL sendiri.
Walau bagaimanapun, adakah kita tahu sejauh mana impak dari aplikasi ini di dalam institusi ketenteraan?. Saya bukanlah seorang yang begitu prejudis dengan sukan malah meminati sukan kerana dengan sukan, seseorang dapat mengekalkan kecergasan serta kecerdasan tubuh dan minda.
Namun, diakhir-akhir ini saya mendapati ramai anggota baru yang menyertai TLDM terlibat dengan sukan sejak dari pengambilan asas TLDM di Tg Pengelih lagi. Bagaimanakah perkara ini boleh berlaku?, sedangkan di KD Sultan Abd Samad(PULAREK) adalah pusat melatih serta proses penukaran jati diri dari 'awam' kepada 'tentera'. Saya agak terkejut bila bertanyakan kepada anggota ini, 'kenapa masuk navy?'. Dengan selamba menjawap, 'CN suruh', alasannya sebab atlet dalam sukan dan salah seorang dari anggota PSSTLDM. Saya cuba menyelami dengan lebih dalam tentang perkara ini, rupa-rupanya ramai lagi yang memasuki TLDM kerana sukan.
Oleh hal yang demikian, wajarkah pengambilan anggota di dalam TLDM dikhususkan untuk sukan?. Pada pendapat saya, sukan di dalam ATM hanya menyebabkan seseorang mencari alasan untuk 'belit' atau mencuri tulang. Malah, pangkat hendak pakai serta gaji hendak tinggi. Apa guna dengan kepakaran yang dipakai tetapi tidak tahu membuat kerja?.
Justeru, jika hendak sukan ini diteruskan di dalam ATM, saya menyarankan agar tiga tahun pertama anggota menyertai pasukan tidak dibenarkan untuk menyertai mana-mana sukan sehinggalah seseorang itu menjadi 'staf'. Hal ini kerana tempoh tersebut adalah proses pembelajaran serta pendedahan tentang kepakaran terutama ketika anggota tersebut di dalam Latihan Sambil Kerja(LSK).

No comments: