Baru-baru ini kita dihidangkan dengan isu yang sangat panas terutama bagi umat Islam khasnya iaitu perdebatan mengenai kalimah Allah yang digunakan oleh gereja katolik bagi penganut kristian. Saya agak pelik kerana hanya di Malaysia sahaja isu ini seolah-olah dibangkitkan sedangkan di negara barat tidak kisah pun ataupun taksub untuk menggunakan kalimah ini. Seluruh dunia telah tahu Allah adalah kalimah yang digunakan oleh umat islam keseluruhannya untuk tuhan mereka tetapi masih ada agama lain yang minat untuk menggunakannya. Bagi saya, untuk penganut agama kristian ini, jika ingin benar hendak mengunakan kalimah Allah, marilah bersama-sama memeluk ajaran islam. Sesudah itu, zikirlah nama Allah sebanyak-banyak mana yang boleh kerana selain rukun islam yang lima, zikir juga dapat mendekatkan diri dengan Allah.
Di sini, ingin saya menyeru kepada penganut kristian bahawa injil dan bible adalah berbeza begitu juga isa dan jesus. Jika anda(penganut kristian) mengatakan perkara ini adalah sama, bagi saya, perkara ini jauh terpesong kerana ajaran nabi isa tidak mengajar umatnya pada zaman itu untuk mengampun dosa orang lain dan yang amat ketara ialah tuhan tidak mengandungi Tuhan Bapa, Tuhan Ibu dan Tuhan Anak. Yang sebetulnya Tuhan ada satu iaitu Allah SWT. Perkara ini telah ditunjukan dengan jelas dan terang di dalam Surah Al Ikhlas ayat 1 hingga 4 yang mengatakan bahawa Allah itu esa(satu), hanya kepada Allah tempat untuk meminta, Allah tidak beranak dan tidak diberanakkan dan tiada tuhan lain di atas muka bumi Allah ini serupa atau dapat menyerupaiNYA....
Mengikut sejarah nabi isa, injil asal telah diubah suai oleh para paderi untuk kepentingan mereka terutama untuk mendapatkan kewangan. Justeru, tidak hairanlah jika anda(penganut kristian) hanya perlu membayar sejumlah wang untuk mengampun dosa...fikir-fikirkanlah....
No comments:
Post a Comment