Blair The Liar

1. I am shocked. I am shocked that Malaysians have invited Tony Blair, former Prime Minister of Britain to speak in Malaysia. I am even more shocked and I am disgusted that the organisation, which is inviting this liar of a Prime Minister, is one concerned with being achievers. Presumably they are keen to learn about the achievements of Prime Minister Blair and to learn from him how to achieve.

2. Maybe they have not heard that this is the man, the Prime Minister of Britain who has been proven to be a liar, who had admitted that he lied about the capability of Iraq to launch a nuclear attack against Britain within 45 minutes. He lied about this absurdity because he wanted his Government, Parliament and the British people to support war against Iraq, to support his violent overthrow of a foreign Government he did not approve.

3. He lied that he had information that Saddam Hussein had an arsenal of weapons of mass destruction (WMD). Today the whole world knows that Iraq had no WMD (maybe those who are inviting him do not know about this. If they didn't know then they don't deserve to call their group as wanting to be achievers).

4. On the basis of these lies, he joined Bush in the war against Iraq, a war that has killed over 300,000 Iraqis, mostly non-combatants; which has destroyed the cities of Iraq with billions of dollars of losses, which has destroyed the city of Babylon and ancient artefacts in its museum, the birthplace of human civilisation.

5. Hundreds of British soldiers died for nothing. The shock and awe attacks have unleashed a fratricidal war between Iraqis where there was none before. It has largely been responsible for the "acts of terror" now facing the world.

6. Yet there is no end in sight. The coalition of the willing cannot even withdraw. More troops have been committed instead. But nothing has been achieved.

7. Blair has been subjected to a public enquiry. All he can say for himself is that he wanted to get rid of Saddam Hussein - to achieve a regime change even if Saddam had no WMD. Saddam has been hanged along with other members of his Government. Regime change has been accomplished. But it is illegal, it is against international laws for any country to violently force a change of government in another country. For this alone Blair is guilty. But to lie blatantly in order to achieve this regime change, to kill hundreds of thousands of women, children, the old and the infirmed along with a few soldiers is more than criminal. It is certainly something that Malaysians should not want to emulate or to achieve.

8. Are the Malaysian achievers hoping to learn from Blair about how he achieved his murder of a foreign country's leader to achieve a regime change, to lie as he did in order to achieve something, to care little for the lives of innocent people, to send his soldiers into battle for nothing? These are his achievements - shameful, cruel and totally uncivilised.

9. Malaysians must protest against this liar coming to Malaysia, much less to talk on his lying achievements. I pray to God that no Malaysian would harbour this idea of learning from the achievements of this unmitigated liar, Tony Blair, the lapdog of the arch-liar Bush and the self-appointed Deputy Sheriff Howard of Australia. ..[Post by Dr Mahathir Mohamad in blog http://chedet.co.cc]..

Kecantikan Taman Yang Mengundang Padah

1. Tidak dinafikan, keindahan Pangkalan TLDM Lumut memang jauh lebih baik berbanding pangkalan-pangkalan yang lain. Kecantikan lanskap ini bolehlah diumpamakan seperti Pangkalan Dalam Taman. Tidak hairanlah jika pihak pengurusan KD Malaya membelanjakan berjuta-juta ringgit semata-mata untuk menyerlahkan keindahan pangkalan ini.
2. Namun harus diingat, adakalanya keindahan ini boleh mendatangkan kecelakaan kepada sesiapa sahaja.
3. Gambar ini diambil ketika dalam perjalanan menuju ke Studium. Lihatlah bagaimana ketinggian pokok lanskap tersebut melindungi pergerakan kenderaan-kenderaan lain. Hal ini demikian boleh membahayakan keselamatan pemandu yang hendak membelok ke kanan.
4. Isu ini saya ketengahkan kerana dua kali kejadian kemalangan di tempat yang sama dan secara langsung saya perhatikan di depan mata saya.
5. Justeru, saya menyarankan agar perkara ini dipandang serius dan diambil tindakan agar perkara sedemikian tidak berlaku lagi atau sekurang-kurangnya dapat diminimakan punca kemalangan.
6. Disamping itu, setiap simpang yang membabitkan kenderaan mengubah haluan ke kiri atau ke kanan hendaklah digaris kuning seperti jalan di hadapan Bomba TLDM umpamanya.

Pendedahan Yang Bodoh

1. Semalam (Jumaat, 12 Feb 2010). Dalam perjalanan saya ke tempat kerja sambil mendengar salah satu dari radio tempatan, satu berita yang agak mengejutkan iaitu kegagalan KD Tungku Abd Rahman untuk menyelam yang diwar-warkan oleh juru hebah tersebut.
2. Masalahnya di sini adalah, Bagaimanakah berita tersebut boleh tersebar dengan cepat sehinggakan seluruh dunia tahu bahawa Malaysia yang mempunyai kapal selam canggih tetapi tidak boleh menyelam?.
3. Lebih mengaibkan apabila berita hangat ini telah disebarkan oleh sebuah akhbar berbahasa inggeris dan di dalamnya menyatakan kegagalan sistem teknikal.
4. Lagi malang lagi, apabila maklumat pertahanan negara ini telah disahkan sendiri oleh Panglima Tentera Laut. Saya amat terkejut bagaimana PTL sendiri telah seolah-olah sengaja mendedahkan permasalahan dalaman tentera yang sepatutnya dilindungi kerana maklumat-maklumat sedemikian boleh menimbulkan unsur-unsur subersif terhadap pertahanan negara.
5. Inilah padahnya apabila istitusi pertahanan lebih menitikberatkan aspek-aspek lain seperti sukan dan publisiti sehinggakan perkara sedemikian diremeh-temehkan.
6. Saya menyeru kepada semua Superior agar memandang jauh sistem pertahanan kita ini agar selari dengan wawasan yang dicanang-canangkan dan bukan hanya sebagai publisiti murahan dunia artis. Fikirlah aspek aset peperangan dari menaiktarafkan infrastruktur. Saya cukup malu kalau orang berkata mengenai MCMV, sebagai contohnya. Kenapa MCMV kita tidak boleh mengoperasikan sonar?. Apakah jawapan yang saudara/saudari mahu berikan terhadap soalan sedemikian?. Sudah tentu jawapan yang paling senang diberikan ialah masalah teknikal.
7. Fikirlah, betapa korupnya aset yang kita ada ini jika hendak dibandingkan dengan negara-negara jiran.
8. Justeru, usahlah kita membesar-besarkan cerita kononnya kita mempunyai teknologi yang canggih padahal sebaliknya. Langkah terbaik yang perlu diambil ialah sikap mendiam diri. Bak kata orang lama. Jadilah Ibarat Padi, Semakin Tunduk Semakin Berisi, dan bukannya menjadi Umpama Tin Kosong Diketuk Berbunyi Kuat Walhal Di dalamnya Kosong Belaka.

Superior Berkhalwat

1. Undang-undang masih mengenal pangkat dan pangkat yang tinggi boleh dikataka kebal dari segi undang-undang. Adakah ini benar?
2. Saya terkejut apabila mendengar ada superior ditangkap khalwat bersama isteri orang di hotel di sebuah bandaraya dan wanita tersebut merupakan seorang bintara LLP pada unit yang sama.
3. Walau bagaimanapun, kes beliau tidak diketahui umum seperti anggota LLP yang lain. Mengapa? Adakah undang-undang berada di tangan beliau?.
4. Sebenarnya sikap sedemikianlah yang akan menyebabkan masa depan TLDM khasnya akan hancur kerana mendapat pemimpin yang sedemikian rupa. Banyak perkara saya tidak bersetuju dengan pandangan dan cara beliau sepanjang pentadbiran sejak dari PWL2 lagi. Menggunakan publisiti untuk menaikkan nama dan membawa seberapa banyak wartawan ke dalam pangkalan bagi 'memasarkan' di dalam dada-dada akhbar serta media elektronik.
5. TLDM semakin tiada rahsia. Adakah anda bersetuju?...

Uniform TLDM Kini

Laut R 041030H Feb 10.
1. Perubahan di dalam TLDM pada masa sekarang amat wajar kerana diperhatikan sebahagian besar adat istiadat masih berpandukan British.
2. TLDM telah mencapai umur 75 tahun dan sepatutnya mempunyai hala tuju sendiri tanpa berpandukan telunjuk barat. Satu umur yang bole dikira matang bagi membuat sebarang keputusan. Justeru, bukan sahaja perubahan dari segi uniform malah keseluruhan termasuklah pentadbiran haruslah mengikut acuan sendiri.
3. Walau bagaimanapun perubahan haruslah releven atas dasar prinsip ketenteraan dan bukannya atas dasar peribadi untuk mencapai sesuatu tujuan.
4. Uniform 2B bagi LLP, seharusnya TLDM harus membekalkan uniform baru serta diberi nama baru bagi 2B yang dipotong lengannya. Ambil contoh Tentera Darat Diraja Malaysia(TDM). Mereka mempunyai 4A dan 4B yang berbeza kepenggunaan antara berkawat dan bertugas.
5. Pemakaian beret bagi menggantikan seaman cap dan peak cap (bagi saya) amat sesuai kerana seaman cap dan peak cap amat mudah pening dan pengsan apabila kawat kerana aliran udara yang kurang disamping mempunyai lingkaran keras yang menghalang pengaliran darah terus ke otak. Bagi LLP, seaman cap kelihatan amat hodoh jika dibandingkan dengan peak cap bintara dan pegawai.
6. Bagi pemakaian istiadat, tidak salah rasanya jika bentuk seaman cap diubah suai sekurangnya menyerupai bintara mahupun pegawai hanya bedges sahaja yang berbeza.

Apabila Mentaliti Anggota Berubah

Saya tertarik dengan rencana dari akhbar Berita Harian bertarikh 16 Jan 2010 bertajuk TLDM Tambah Kuota Ambil Anggota Wanita. Di dalam rencana tersebut Panglima Tentera Laut (Jeneral Tan Sri Abdul Aziz Jaafar) dan bukannya (Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar) menyatakan bahawa TLDM akan meningkatkan pengambilan anggota wanita atau pranita di dalam memacu kedewasaan TLDM. Tidak dinafikan jika kita imbau kembali ketika zaman Rasulullah SAW, bagaimana isteri baginda (Siti Khadijah) turut berjuang di dalam perjuangan Rasulullah SAW. Memang fakta itu betul tetapi sejauh mana semangat juang pranita zaman sekarang jika hendak dibandingkan dengan Siti Khadijah?. Apa yang saya lihat sekarang pranita hanyalah sebagai tempat untuk melepiaskan nafsu serta item untuk 'cuci mata' dalam istilah masyarakat sekarang. Adakah ini selaras dengan panduan Islam? Percaya atau tidak, lambakan pranita di dalam Institusi ini akan menyebabkan masalah disiplin yang diluar jangkaan terutamanya masalah seksualiti. Mungkin pihak pengurusan tertinggi tidak nampak perkara ini kerana asyik memikirkan masalah-masalah remeh-temeh seperti ubahsuai banggunan, pembangunan sukan, isu 'ragging' dan sebagainya.
Dewasa ini, saya berpendapat pihak pengurusan tertinggi TLDM gagal dalam mencapai matlamat penubuhan TLDM itu sendiri. Mereka sibuk dengan agenda-agenda tersendiri hinggakan ada suara-suara mengatakan 'NAVY Management's is rotten to the core' yang bermakna 'Pengurusan TLDM busuk hingga keususnya' dan suara-suara tersebut hanya datang bukan dari kalangan pemimpin-pemimpin. Mana tidaknya, seorang pegawai hanya bertugas hanya untuk pegawai manakala anggota bertugas hanya untuk 'periuk nasi' dan pencen. Hal ini menunjukan istilah mempertahan negara tidak wujud sama sekali dan tidak mustahil apabila negara kita diserang oleh negara-negara musuh, orang-orang yang seperti ini lah yang akan belot atau lari dari medan peperangan.
Kalau dahulu, bila orang menyebut 'tentera', seseorang itu mesti mahir dalam mengendalikan senjata kecil mahupun besar. Benar atau tidak, cubalah tanya para pegawai dari yang baru habis latihan hingga ke PTL, tanya juga kepada para anggota biasa dari yang baru habis latihan hingga yang keesokkan harinya mereka memulangkan uniform. Berapa butir pelurukah yang mereka guna untuk menembak dan berapa banyak senjata yang mereka mahir membuka-pasang?
Perkara ini amat merungsingkan saya kerana TLDM pada zaman sekarang telah 'menukar senjata' dari M16 kepada Penyapu, dari M4 kepada Skuji, dari Glock 17 kepada Kayu Mob, dari GPMG kepada Mesin Rumput dan sebagainya.
Justeru, saya seru kepada pihak yang berkenaan, tolonglah ubah presepsi dan janganlah seolah-olah mengiyakan suara-suara bawahan. Sebagai 'superior' berlagaklah seperti 'superior' dan bukannya seperti anggota biasa. Janganlah berfikiran remeh-temeh dan kolot. Fikir-fikirkanlah...

Kalimah Allah

Baru-baru ini kita dihidangkan dengan isu yang sangat panas terutama bagi umat Islam khasnya iaitu perdebatan mengenai kalimah Allah yang digunakan oleh gereja katolik bagi penganut kristian. Saya agak pelik kerana hanya di Malaysia sahaja isu ini seolah-olah dibangkitkan sedangkan di negara barat tidak kisah pun ataupun taksub untuk menggunakan kalimah ini. Seluruh dunia telah tahu Allah adalah kalimah yang digunakan oleh umat islam keseluruhannya untuk tuhan mereka tetapi masih ada agama lain yang minat untuk menggunakannya. Bagi saya, untuk penganut agama kristian ini, jika ingin benar hendak mengunakan kalimah Allah, marilah bersama-sama memeluk ajaran islam. Sesudah itu, zikirlah nama Allah sebanyak-banyak mana yang boleh kerana selain rukun islam yang lima, zikir juga dapat mendekatkan diri dengan Allah.
Di sini, ingin saya menyeru kepada penganut kristian bahawa injil dan bible adalah berbeza begitu juga isa dan jesus. Jika anda(penganut kristian) mengatakan perkara ini adalah sama, bagi saya, perkara ini jauh terpesong kerana ajaran nabi isa tidak mengajar umatnya pada zaman itu untuk mengampun dosa orang lain dan yang amat ketara ialah tuhan tidak mengandungi Tuhan Bapa, Tuhan Ibu dan Tuhan Anak. Yang sebetulnya Tuhan ada satu iaitu Allah SWT. Perkara ini telah ditunjukan dengan jelas dan terang di dalam Surah Al Ikhlas ayat 1 hingga 4 yang mengatakan bahawa Allah itu esa(satu), hanya kepada Allah tempat untuk meminta, Allah tidak beranak dan tidak diberanakkan dan tiada tuhan lain di atas muka bumi Allah ini serupa atau dapat menyerupaiNYA....
Mengikut sejarah nabi isa, injil asal telah diubah suai oleh para paderi untuk kepentingan mereka terutama untuk mendapatkan kewangan. Justeru, tidak hairanlah jika anda(penganut kristian) hanya perlu membayar sejumlah wang untuk mengampun dosa...fikir-fikirkanlah....

TLDM Untuk Mempertahan Perairan Negara Atau Untuk Sukan?

Dewasa ini penglibatan anggota dalam pelbagai lapangan sukan telah melihatkan perkembangan institusi sukan dalam TLDM khasnya dan ATM keselurhannya. Pada dasarnya kelihatan tiada sebarang cacat-celanya kerana pemangkinan sukan di dalam TLDM telah disokong penuh oleh YBhg PTL sendiri.
Walau bagaimanapun, adakah kita tahu sejauh mana impak dari aplikasi ini di dalam institusi ketenteraan?. Saya bukanlah seorang yang begitu prejudis dengan sukan malah meminati sukan kerana dengan sukan, seseorang dapat mengekalkan kecergasan serta kecerdasan tubuh dan minda.
Namun, diakhir-akhir ini saya mendapati ramai anggota baru yang menyertai TLDM terlibat dengan sukan sejak dari pengambilan asas TLDM di Tg Pengelih lagi. Bagaimanakah perkara ini boleh berlaku?, sedangkan di KD Sultan Abd Samad(PULAREK) adalah pusat melatih serta proses penukaran jati diri dari 'awam' kepada 'tentera'. Saya agak terkejut bila bertanyakan kepada anggota ini, 'kenapa masuk navy?'. Dengan selamba menjawap, 'CN suruh', alasannya sebab atlet dalam sukan dan salah seorang dari anggota PSSTLDM. Saya cuba menyelami dengan lebih dalam tentang perkara ini, rupa-rupanya ramai lagi yang memasuki TLDM kerana sukan.
Oleh hal yang demikian, wajarkah pengambilan anggota di dalam TLDM dikhususkan untuk sukan?. Pada pendapat saya, sukan di dalam ATM hanya menyebabkan seseorang mencari alasan untuk 'belit' atau mencuri tulang. Malah, pangkat hendak pakai serta gaji hendak tinggi. Apa guna dengan kepakaran yang dipakai tetapi tidak tahu membuat kerja?.
Justeru, jika hendak sukan ini diteruskan di dalam ATM, saya menyarankan agar tiga tahun pertama anggota menyertai pasukan tidak dibenarkan untuk menyertai mana-mana sukan sehinggalah seseorang itu menjadi 'staf'. Hal ini kerana tempoh tersebut adalah proses pembelajaran serta pendedahan tentang kepakaran terutama ketika anggota tersebut di dalam Latihan Sambil Kerja(LSK).

Gabungan Kepakaran

Pada pendapat saya, pengabungan kepakaran ada kelebihan dan ada kekurangannya. Jika dilihat dari aspek keseluruhannya, menampakkan anggota TLDM memang serbaboleh dalam banyak hal dan kepakaran. Walau bagaimanapun, sejauhmanakah keberkesanan terhadap pengabungan kepakaran ini?. Hal ini demikian kerana melibatkan banyak aspek antaranya keseragaman pangkat mengikut "umur perkhidmatan" dan penerimaan pembelajaran baru bagi anggota yang hampir berpencen. Pertama. Sebagai contoh, seorang anggota dari kepakaran Pemandu Kenderaan Bermotor(PKM), secara purata "umur servis" bolehlah dikatakan agak matang di dalam TLDM tetapi jika dilihat dari segi pangkat baru hanya "Able Rate(AB)" walhal telah berkhidmat melebihi 13 tahun manakala jika dibandingkan dengan pergerakan pangkat anggota Stor Logistik telah memakai Leading Rate(LR) dengan berkhidmat kurang dari 13 tahun. Justeru, bagaimanakah pihak pengurusan tertinggi TLDM hendak menyeragam serta melaraskan pergerakan pangkat tersebut?. Kedua. Bak kata pepatah melentur buluh biar dari rebung, jika sudah berkhidmat melebihi 18 tahun dan disuruh belajar semula dari asas untuk menguasai kepakaran lain, adakah perkara tersebut bernas?. Justeru, saya menyarankan pengabungan kepakaran hanya diperkenal hanya kepada para anggota baru yang menyertai TLDM. Hal ini demikian kerana pembelajaran serta pengajaran lebih mudah dilakukan berbanding anggota yang terdahulu. Bagi anggota yang berkepakaran asal hendaklah dikekalkan sehingga seseorang itu berhenti atau setidak-tidaknya perkaran ini hanya untuk anggota yang telah berkhidmat melebihi 15 tahun. Bagi anggota yang belum mencapai perkhidmatan 15 tahun hendaklah dilanjutkan kursus ketika anggota tersebut menjalani Laskar Kanan 'Q'. Demikian pendapat saya untuk TLDM. Fikir-fikirkanlah.

Kenyataan PTL - Hasil Lembaga Siasatan Kejadian Kebakaran KD SIP

Saya ingin memetik kenyataan dari http://www.navy.mil.my/content/view/466/18/lang,en/ berkenaan tajuk di atas.
8 Okt 09 adalah hari keramat bagi warga KD Sri Inderapura khasnya dan TLDM amnya. Musnahnya aset TLDM dalam satu kebakaran yang belum lg dikenalpasti sebabnya. Ingin saya mengulas di dalam blog saya ini tentang peristiwa tersebut walaupun saya tidak berada di Unit itu. Masih segar dalam ingatan saya ketika saya di kampung sedang bercuti, pada hari kejadian seorang rakan saya menghantar "SMS" bertanyakan tentang "betul ke ada kapal terbakar?". "SMS" tersebut menyebabkan saya terperanjat dengan berita itu lalu saya bertanya kepada rakan saya yang bertugas di kapal dan mereka mengiyakan.
Siapa boleh mempertikai tentang kesiagaan KD SIP?. Latihan "fire fighting" dalam satu(1) hari boleh mencecah hingga sepuluh(10) kali atau lebih terutama ketika OOD ketika itu (Lt Megat) bertugas. Seingat saya, latihan sedemikian saya pernah lalui dengan kerap ketika di KD SIS bersama Lt Lokman(MEO KD SIS dahulu) (sekarang Lt Kdr). Agaknya OOD ini amat terpengaruh dengan cara bagaimana MEO KD SIS "mendera" awasan bertugas KD SIS ketika itu. Siapa yang tidak bosan dengan latihan yang banyak kali diadakan walhal halatuju dan prestasi yang tidak kemana-mana. Selesai sahaja latihan, OOD pun memberi kata dua yang lebih ditujukan kepada anggota awasan. Tegur sana tidak betul, sini tidak betul, kononnya dia sahaja yang betul. Bagi saya, hanya "mendera" awasan bertugas agar letih dan tidak banyak berehat. Nah, apabila berlaku kebakaran dalam situasi yang sebenar, siapakah yang akan melawan kebakaran itu dan siapa yang menjadi "manager" dalam Tim tersebut?. Kalau kita lihat bagaimana OOD mengarahkan "shore supply" utama di jeti dimatikan. adakah tindakan sedemikian bijak?. Jika bekalan kuasa dimatikan, bagaimana kita hendak mengoperasikan jentera lain seperti "pump" untuk mengoperasikan APAU di kapal?, lampu "passage way" untuk laluan keluar dan sebagainya.
Justeru, sebagai sebahagian daripada anggota TLDM, saya berpendapat setiap pegawai harus dilatih secara dengan lebih keras (rejimental training) berbanding anggota LLP kerana LLP dilatih bekerja mengikut arahan. Arahan yang bodoh akan menyebabkan kesemuanya akan menjadi bodoh. Saya pernah mendengar kata-kata dari Tim LPL yang menyatakan ketika "work up". Yang utama dinilai adalah pegawai kerana sebaik mana pun kerja anggota LLP dan jika arahan yang dikeluarkan oleh pegawai yang "melantong", akan melantonglah jadinya hingga menyebabkan "work up" tersebut gagal. Pepatah Jepun juga ada berkata jika ikan yang busuk, pastinya bermula daripada kepala. Renung-renungkanlah untuk manfaat kita bersama.